Jump to content


- - -


Photo

Nikah mutaah di Malaysia


20 replies to this topic

#1 skema_ay

skema_ay
  • Advanced Members
  • 23 posts

Posted 14 April 2006 - 04:17 AM

kepada orang-orang yang fasih berbahasa melayu, agak2 ada tak orang malaysia yang mengamalkan nikah mutaah?

#2 layman

layman

    Member

  • Advanced Members
  • PipPipPipPip
  • 1,786 posts

Posted 16 April 2006 - 10:21 PM

kepada orang-orang yang fasih berbahasa melayu, agak2 ada tak orang malaysia yang mengamalkan nikah mutaah?


Di Malaysia kan mazhab Shafie, mana boleh mutaah. Nanti jadi huru hara pulak, fitnah sana sini. Kalau Jabatan agama dan polis masuk campur, lagi banyak masalah.

Sedangkan budak perempuan UITM yg kahwin di johor boleh dikatakan tak sah oleh Qadhi, ini pulak nikah mutaah.

Jangan cari bala. Kahwinlah secara permanent.

Layman

#3 skema_ay

skema_ay
  • Advanced Members
  • 23 posts

Posted 18 April 2006 - 11:54 PM

tapi bagi orang syiah kan halal, tapi mendapat tentangan dari mahsyarakat
susahla. tambah lagi kalau bagi pasagan yang mendapat tentangan orang tua. di malaysia macam orang lebih x endah kalau pasangan x kawin tapi tinggal serumah. tambah2 lagi kalau orang tu orang kaya, lagi la orang takut nak tegur.

tapi bagi orang syiah kan halal, tapi mendapat tentangan dari masyarakat
susahla. tambah lagi kalau bagi pasagan yang mendapat tentangan orang tua. di malaysia macam orang lebih x endah kalau pasangan x kawin tapi tinggal serumah. tambah2 lagi kalau orang tu orang kaya, lagi la orang takut nak tegur.

#4 layman

layman

    Member

  • Advanced Members
  • PipPipPipPip
  • 1,786 posts

Posted 20 April 2006 - 05:36 AM

tapi bagi orang syiah kan halal, tapi mendapat tentangan dari masyarakat
susahla. tambah lagi kalau bagi pasagan yang mendapat tentangan orang tua. di malaysia macam orang lebih x endah kalau pasangan x kawin tapi tinggal serumah. tambah2 lagi kalau orang tu orang kaya, lagi la orang takut nak tegur.


Apa2 pun, avoid mutah di Malaysia. Ini yang terbaik. Nikah aje cara permanent.

#5 Samsiah

Samsiah

    Member

  • Advanced Members
  • Pip
  • 74 posts

Posted 21 April 2006 - 12:21 AM

Bukankah shiasm itu haram di malaysia? Bukankah JAKIM keluar bukunya dan shiasm itu adalah ajaran sesat dalam buku itu? Jadi perkara-perkara seperti mutah itu pun tak boleh buatlah....

#6 Gypsy

Gypsy

    Hal Min Nasirin Yansurna

  • Advanced Members
  • PipPipPipPipPipPipPipPipPipPip
  • 23,381 posts
  • Interests:Exposing hypocrisy and double standards.

Posted 21 April 2006 - 11:54 PM

Bukankah shiasm itu haram di malaysia? Bukankah JAKIM keluar bukunya dan shiasm itu adalah ajaran sesat dalam buku itu? Jadi perkara-perkara seperti mutah itu pun tak boleh buatlah....

(salam)
Samsiah
By now you should realize that Malaysia is turning into a wahabi country. What if tommorrow, Jakim says Mazhab Shafiie (biggest Sunni sect in Malaysia) as "Ajaran Sesat"?? What will happen to you?

My point is : Malaysian Shia like us dont care if Jakim consider us ajaran sesat. We consider ourselves follower of the path of ahlul bayt (the uncorrupted version of Islam)


bn Hajar said in his book as-Sawa'iq ul-Muhriqa p. 96 -Egyptian edition-, that ad-Daylami mentioned a tradition saying that the Prophet (s) said,"O Ali, Allah has forgiven you, your progeny, your wives and your Shia (followers). Be delighted…"

The same hadith has been mentioned by ibnul-Maghazili in his book al-Manaqib, al-Hamawini in Fara'id us-Samtayn, al-Manaawi in Kunuz ul-Haqaayiq p. 202, al-Qanduzi in Yanabi' ul Mawaddah p. 270, Abu Bakr bin Shihab in Rashfat us-Sadi p. 81, -Egyptian edition- and others. Furthermore, ad-Daylami recorded that the Prophet (s) said,

"O Ali, you and your Shia will come to me at the Pond in Paradise quenched with shining faces, while your enemies will come to me thirsty and necks thrust forth."

This very tradition has been mentioned by al-Manaawi in Kunuz ul-Haqaayiq p. 203, -Bolaq edition-, by al-Qanduzi al-Hanafi in Yanaabi' ul Mawaddah p. 182, -Egyptian edition-, and Muhammad Saalih at-Tirmidhi in al-Manaaqib ul-Murtazawiyya p. 101, -Bombay Edition-.

Ad-Daylami mentioned in his book Firdous ul-Akhbar that Umm Salama (the Prophet's wife) said that the Prophet (s) had said: "Ali and his Shia -followers- are the winners on the Day of Resurrection."

The same was also mentioned by al-Manaawi in Kunuz ul-Haqa'iq p. 98, and al-Qanduzi in Yanabi' ul Mawaddah p. 188 and 237, -Istanbul Edition-. Sabt bin al-Jawzi has mentioned in his book Tadhkirat ul-Khawaas p. 59, a tradition narrated by Abu Sa'id al-Khudri that the Prophet (s) looked at Ali bin Abu Talib and said:

"This Man and his Shia are the winners on the Day of Resurrection."


Edited by Zareen, 22 April 2006 - 12:01 AM.


#7 layman

layman

    Member

  • Advanced Members
  • PipPipPipPip
  • 1,786 posts

Posted 24 April 2006 - 05:37 AM

(bismillah) (salam)

Kadang2 kita kena berhikmah... Jangan lah tanya dalam public forum, ada tak orang malaysia buat nikah mutaah. Forum ini dibaca oleh berbagai pihak. Faham2 aje lah.

So saya sarankan, jangan mutaah. Sbb ada ramai yang tak tau simpan rahsia. Susahkan ibubapa pula. Kalau tinggal di USA, nak nikah mutaah tu, lainlah kiranya.

Memanglah kalau nak ikut hukum Allah, tak perlu lari ke Thailand untuk Nikah permanent. Janji ada saksi yang adil dan dapat kebenaran wali. Ayah si perempuan pun boleh nikahkan anak perempuannya. Dari hukum Allah, kawinnya sah. Tapi dari perundangan Malaysia tak sah.

So disini, kita mesti hikmah. Cuba kahwin ikut peraturan undang2 malaysia, walaupun kita tahu undang2 ciptaan manusia tu rendah.

Dalam dunia ni, kita terpaksa kompromi sikit supaya perjalanan hidup tak susah. Tak masuk surat khabar.

Nabi sendirr jadi susah disebabkan terlalu banyak ignorant people dikalangan pengikutnya. Keadaan itu juga ujud di Malaysia sekarang. Jangan upsetkan ignorant people (termasuklah wahabis), susah hidup kita nanti. Pandai2lah berhikmah dalam kehidupan.

Kalau tak ada duit dan faktor family tak mengizinkan, puasa ajelah. Kalau puasa pun tak boleh, sabo ajelah. Anggaplah ini satu jihad (bukan jihad pedang, tapi jihad dalam badan sendiri).

Kalau jihad pun tak mampu...ok kita boleh bincang cara yang terbaik.

Layman

Edited by layman, 24 April 2006 - 05:39 AM.


#8 haidarsword

haidarsword

    Member

  • Advanced Members
  • Pip
  • 66 posts
  • Interests:sufism

Posted 24 April 2006 - 06:03 AM

(salam)

pada pandangan saya.. majoriti orang yang ikut syiah di asia tenggara khusus malaysia kebanyakannya orang yang jahil..dan bukan mesra Islam..tiada basic agama yang sempurna.

mereka tiada izzah Islam..tiada akhlak Islam so akan tenggelam..atau kerana sebab2 tertentu..cuba paksa2 diri dalam menjadi syiah ikut2an.. maka jadi la syiah free thinker..free sex..freedom..syiah rockers..syiah playboy...syiah romeo..syiah tepuk dada tanya selera seks...

suatu peristiwa sedih akan berlaku..iaitu mereka ditangkap secara besar2an..tapi atas kebodohan mereka dan ketololan mereka sendiri...

rata2 mereka buta akhlak Islam atau agama sebelum mereka syiah mahupun selepas.

cuma, minoriti kecil macam semut jee yg merana kerana mereka berakhlak dan mereka syiah.

Muslimat mereka laa yg merana kerana terpaksa ikut suami dan jaga anak dgn susah payah..

Muslimat mereka diperdaya dgn majlis2 sedih..dan contoh2 baik tentang mut'ah...

mereka gagal dalam semua aspek agama..mereka gagal mendidik diri mereka anak2 mereka dgn ilmu agama yg sempurna seperti alquraan..bahasa arab..kesedaran beragama

mereka gagal dalam mempratikkan Islam spt menghormati orang lain dan tidak ta'ashub atau bangga diri..

mereka gagal memahami mazhab mereka sendiri kerana rata2 mereka malas belajar dan tiada ruh Islam dlm diri..mereka hanya tau bangga diri sesama mereka..

mereka gagal bersatu dgn jujur..kerana kebanyakan mereka buta sosial mazhabiy..buta dunia..buta realiti...

mereka gagal bersatu kerana mereka lemah akhlak..sebahgian besar mereka suka seks..dan degil untuk berubah jadi manusia yg tenang dalam menjalani hidup sebagai muslim berakhlak dan menjaga adab Islam dan terpisah dr hiburan dunia..bertanggungjawab dan mengasihi isteri dan anak2 secara ikhlas.

mereka gagal dlm hidup sebagai Muslim besaudara..mereka lebih bersifat materialistik..dan berpura2 dlm banyak perkara..dan kedekut utk membantu orang lain sesama mereka.

sebahgian mereka lebih suka mengumpul kekayaan sendiri dn berpura2 warak di hadapan org lain...sebahgian mereka suka dipuji2..sebahgian mereka suka mengkeji2..

kata2 mereka sesama mereka tdk boleh dipegang atau dipercayai..mereka menipu sesama mereka..mendustai sesama mereka...kebanyak mereka lembut lgigi dr lidah.

mereka buta hidayah..mereka melihat tapi tak melihat..mereka melihat dgn penglihatannya si buta...mendengar tp pekak..berkata2 tp tiada faedah yg ikhlas dan murni..

merekalah yg merosakkan mazhab mereka sendiri...kasihan.

Edited by haidarsword, 24 April 2006 - 06:13 AM.


#9 layman

layman

    Member

  • Advanced Members
  • PipPipPipPip
  • 1,786 posts

Posted 24 April 2006 - 06:29 AM

(bismillah) (salam)

Saudara Haidarsword,

Perlahan-lahan sikit. Saudara bercakap macam baling pedang pada banyak orang. Takut2 nanti makan diri.

Banyak lelaki Malaysia yang gila seks, romeo, free thinker, kaki perempuan, pondan...dll. Jangan kata ini kerja orang syiah aje tau. Orang sunni pun ramai buat. Orang Arqam dulu pun ramai yang kaki perempuan tau.

I tau ramai orang2 tabligh yang tinggalkan wife tanpa beri nafkah yang cukup untuk keluar 40 hari. Kita pulak kene tolong sikit2 dari untuk anak isteri dia makan.

Ramai wanita2 di malaysia yang jadi mangsa oleh suami2 yang tak bertanggung jawab, bukan orang shia saja tau....orang lelaki malaysia yang tak bertanggung jawab.

Nisbah di Klang valley, wanita kepada lelaki adalah 14:1. Kalau lelaki kawin 4 sebanyak 3 kali masih ada dua extra. Dengan siapa wanita2 nak kahwin? Kalau 7 dari 14 decide nak jadi andartu, dan 3 lagi dapat suami. Dan yang lagi 4 nak rampas suami orang, rosak rumah tangga orang. Kita memang ada krisis di Malaysia. Banyak kilang2 electronics yang pekerja2nya wanita.

Baik kita discuss issues dari baling pedang kepada orang ramai....

Wallahualam.

Layman.

#10 layman

layman

    Member

  • Advanced Members
  • PipPipPipPip
  • 1,786 posts

Posted 25 April 2006 - 02:45 AM

. namun, saya macam rasa x puas hati. kadang2 sesetengah soalan saya x dapat di jawab oleh ustaz dan ustazah. saya selalu terfikir, kenapa Rasulullah yang sangat kita sayangi dan cintai kita x sayang keluarganya sekali. kalau dikira apa yang kita belajar sewaktu sekolah, kita memang belajar mengenai para sahabt, tapi kenapa tidak ditekankan mengenai keluarga Baginda? terus terang saya katakan saya tidak mengenali keluarga Baginda selain dari anak-anak Baginda khususnya Fatimah dan cucu-cucu kesayangan Baginda (Hassan dan Hussien). kalau kita fikirkan secara logik, kita kana menghormati orang yang kita sayangi sehingga ke cucu-cicit beliau. kenapa tidak pada Rasulullah. Setelah mengenali syiah, baru saya tahu bahawa Rasulullah mempunya cucu-cicit. ini adalah dari sudut pandangan saya. saya juga masih belajar. semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua, InsyaAllah.


(bismillah) (salam)

Bagus justification yang saudara skema_ay kemukakan. Cuma untuk lebih baik, gunakan perkataan "pengikut ahlulbayt" daripada penggunaan perkataan "shia".

Shiah tidak diterima oleh masyarakat Malaysia. Ahlulbayt diterima.

Kita juga tidak digalakkan mengatakan kita shiah sbb, kita tidak layak. Yang layak hanyalah "saya pencinta Ahlulbayt". Ini lebih selamat.

Wallahualam
Layman

#11 haidarsword

haidarsword

    Member

  • Advanced Members
  • Pip
  • 66 posts
  • Interests:sufism

Posted 25 April 2006 - 02:56 AM

(salam)

sedari skema ay termasuk dalam yang sedikit..

itulaa yang mengherankan..mengapa pengikut mazhab syiah tak ramai yg rajin belajar ilmu...

orang2 yang ada basic agama sahaja yg apabila menjadi syiah..maintain beramal soleh..

tapi mereka yg tiada basic bila masuk syiah..maintain dgn kejahilan malah bertambah2 lagi..berikutan keta'ashuban mereka dan ego mereka menilai apa yg harus diikuti.
mereka menjadi buta hidayah setelah menjadi syiah dan buta realiti...

mempertahankan atau menyembunyikan keburukan umum bukan suatu kaedah yg baik..
ye..kita lihat ramai sunni yg jahil juga begitu.....sekurang2nya mereka sendiri mengkelasifikasi org2 yg buta agama tersebut.

apakah itu alasan utk menyebarkan syiah...jika menyebarkannya menambah lagi percentage 'ahmaq' dlm pengikut syiah malaysia..?
sedangkan pemuka2 syiah di malaysia menerima saja 'ahmaq'2 ini menjadi majoriti
Yang penting mereka ingin meramaikan syiah.. itu saja motif mereka..

hidayah bermula dgn berbagai cara..dan hidayah bukan terhenti pada satu tahap..
kadang2..apa yg dilalui hanya cetusan hidayah..

selagi tiada kekuatan internal pemuka2 syiah malaysia utk mengubah persepsi mereka..maka berterusanlah...suasana salah bawak dalam ajaran syiah menuju ahlil bayt..
salah asuhan dalam mengenali dan menjadikan ahlil bayt itu tonggak dan ikutan..

mereka menjadi pngikut budaya iran ketimbang mengikut cara hidup Fatimah mahupun Al Hussein...

mereka menjadi 'alim 'mee segera'.. ketimbang 'alim hakiki...
mereka segera spontan mengenali rahsia sejarah..seminit dua sudah pandai berhujah2..

begitulah cara org syiah berdakwah.........
mereka menjual nama ahlil bayt spt dipasar2malam..

utk pengetahuan sahabat2..sini adalah ruangan shiachat..so tiada reason saya utk saya kaitkan dgn mazhab2 lain.

Tiada salahnya membahaskan realiti keadaan, daripada menyembunyikan atau sorok2 kelemahan atau keaiban umum.. utk memahami atau membetulkan suasana secara jujur dan berani mengubah..sekurang2..mengubah minda kita.

Kita kena jujur dalam berdakwah..bukan menceritakan kebaikan atau membayangkan yg manis2 shaja kpd org lain..realiti keburukan mesti dinyatakan bersama...

apakah dgn ramainya wanita adalah menjadi suatu alasan utk mendorong nafsu supaya rakus atau menjadi drive kehidupab sehari2..?

mut'ah telah menjadi isu hangat sentiasa.. baru2 ini 2 kes mut'ah di melaka dna sinagpore keluar di akhbar..

ustaz mut'ah dgn gadis 14 thn....melaka
ayah rogol 5 org anak...punya 5 isteri termasuk isteri2 mut'ah...singapore

so, suatu mazhab yg baru dan asing harus betul2 diteliti dan difahami..
dikaji dan dikenali di mana kebaikan...di mana kebenaran...dan diaman kelemahan..
samada dr sudut ilmiyah mahupun praktikalnya...

apakah setakat 10 thn menjadi syiah sudah mampu berdakwah..?

dakwah membawa tanggungjawab seberat dunia dan alam..membawa tanggungjawab seumur hidup..

org sunnah wajar mengetahui segala keunggulan syiah dan segala kelemahan masyarakat syiah... sebelum memeluk syiah..

sebagaimana..pd zaman Rasulullah saaw.. org menilai Islam dr berbagai2 sudut sebelum memeluknya.

so org sunnah berhak mengetahui secara detail motif fiqhiy, perbezaan ijtihadiy, dalil naqliy, dan realiti praktik mut'ah di negara2 masyarakat syiah..dan di negara kita sendiri..

kerana mut'ah adalah salah satu drpd titik pemisah atau perbezaan antara sunnah dan syiah.

orang syiah di negara2 bebas mungkin memandang remeh isu anakdara atau isu kebebasan seksual..

orang syiah di negara majoriti syiah, masyarakat mereka kesemuanya sudah lali dan sedar akan hukum ini sejak baligh lagi..

negara2 yg umpaya bayi baru lahir..yg mereka itu bukan berdarah Iran..
mereka yg berdarah Jawa..Bugis..anak mami Penang...atau..Minagkabau..
tetapi telah didedahkan dgn rahsia sejarah tanpa belajar atau 'alim mee segera ini pula,
bagaimanakah kesesuaiannya...kesan2 jangka pendek dan panjang..

masyarakat basic jawa..basic Iban..basic melayu deli..basic mamak Penang..
basic kelate......yee mereka semua tersilau dgn suatu hukum yg belum mereka fahami..tetapi dibenak hati kecil mereka yg terletak di bawah perut itu..
mengatakan.....hukum ini harus diteladani dgn secepat mungkin tanpa fikir panjang2....
segala alasan adalah wajar bagi akal bawah perut ini utk melaksanakannya secara klimaks..

secara terancang secara spontan..secara teransang..secara..sederhana..secara paksa..
secara manipulatif....tak kisah laa asal..sampai motif akal bawah perut tadi...

sekian.

Edited by haidarsword, 25 April 2006 - 03:35 AM.


#12 layman

layman

    Member

  • Advanced Members
  • PipPipPipPip
  • 1,786 posts

Posted 25 April 2006 - 03:08 AM

(salam)

sedari skema ay termasuk dalam yang sedikit..

itulaa yang mengherankan..mengapa pengikut mazhab syiah tak ramai yg rajin belajar ilmu...

orang2 yang ada basic agama sahaja yg apabila menjadi syiah..maintain beramal soleh..

tapi mereka yg tiada basic bila masuk syiah..maintain dgn kejahilan malah bertambah2 lagi..berikutan keta'ashuban mereka dan ego mereka menilai apa yg harus diikuti.
mereka menjadi buta hidayah setelah menjadi syiah dan buta realiti...

mempertahankan atau menyembunyikan keburukan umum bukan suatu kaedah yg baik..
ye..kita lihat ramai sunni yg jahil juga begitu.....sekurang2nya mereka sendiri mengkelasifikasi org2 yg buta agama tersebut.

apakah itu alasan utk menyebarkan syiah...jika menyebarkannya menambah lagi percentage 'ahmaq' dlm pengikut syiah malaysia..?
sedangkan pemuka2 syiah di malaysia menerima saja 'ahmaq'2 ini menjadi majoriti
Yang penting mereka ingin meramaikan syiah.. itu saja motif mereka..

hidayah bermula dgn berbagai cara..dan hidayah bukan terhenti pada satu tahap..
kadang2..apa yg dilalui hanya cetusan hidayah..

selagi tiada kekuatan internal pemuka2 syiah malaysia utk mengubah persepsi mereka..maka berterusanlah...suasana salah bawak dalam ajaran syiah menuju ahlil bayt..
salah asuhan dalam mengenali dan menjadikan ahlil bayt itu tonggak dan ikutan..

mereka menjadi pngikut budaya iran ketimbang mengikut cara hidup Fatimah mahupun Al Hussein...

mereka menjadi 'alim 'mee segera'.. ketimbang 'alim hakiki...
mereka segera spontan mengenali rahsia sejarah..seminit dua sudah pandai berhujah2..

begitulah cara org syiah berdakwah.........

mereka menjual2 nama ahlil bayt...seperti dipasar2malam..


(salam)

Boleh saudara sarankan apa yang dimaksudkan dengan "orang2 yang ada basic agama.." Apakah basic agama yang perlu ada..?

Layman

#13 layman

layman

    Member

  • Advanced Members
  • PipPipPipPip
  • 1,786 posts

Posted 01 May 2006 - 04:19 AM

(bismillah) (salam)

There is a problem with shiachat.com computer... I guess. Many posts have been lost.

Layman

#14 Sarah

Sarah

    Member

  • Advanced Members
  • PipPipPipPipPipPip
  • 3,516 posts
  • Location:Singapore

Posted 03 July 2006 - 11:07 AM

teman-teman, ada baca paper x semalam mengenai nikah misyar? pernah ke nikah misyar ni dipraktikkan di zaman rasulullah dulu? kenapa nikah misyar dikatakan boleh, sedangkan nikah mutaah, si suami diwajibkan ke atas nafkah zahir dan batin serta bertanggungjawab terhadap anak2nya. yang membezakan nikah mutaah dengan nikah yang permanent cuma ada had masa, sementara yang saya tahu setakat ni yang membezakan nikah misyar dengan nikah yang permenant adalah suami tidak wajib ke atas nafkah zahir.


(salam)

Sarah tak nampak logic pada nikah misyaar.

Mana di dalam ayat al quran menulis atas kahwin-cerai? Sedangkan hadith mengatakan bahwa arsh'nya Allah bergoncang jika berlakunya cerai. Cerai bukanlah perkara yang digalakkan oleh Islam. Ini saja sudah menyoal status nikah misyaar.

(...Except the forbidden women) the rest are lawful unto you to seek them with gifts from your property (i.e., dowry), provided that you desire protection (from sin), not fornication. So for whatever you have had of pleasure (Istamta'tum) with them by the contract, give unto them their appointed wages as a duty. And there is no sin for you in what you both agree (in extending the contract) after fulfilling the (first) duty. Lo! Allah is ever Knower, Wise. (Holy Quran 4:24)

#15 mujacy

mujacy
  • Basic Members
  • 9 posts
  • Location:Dubai
  • Religion:Shia
  • Interests:I am working to remove the misconceptions about the world's fastest growing religion Shia Islam.

Posted 21 May 2010 - 08:53 PM

kepada orang-orang yang fasih berbahasa melayu, agak2 ada tak orang malaysia yang mengamalkan nikah mutaah?


Ya Ali a.s. Bagi saya nikah mutaah adalah lebih baik daripada pertunangan. Ia lebih halal berkesan untuk pasangan masing-masing saling berkenalan dengan baik dalam masa mutaah mereka. Saya adalah penyokong Ahlul-bayt.

Ahlul Bayt (Ahl al-Bayt) or household members of Prophet Muhammad (pbuh) refers to his daughter Fatima Zahra (pbuh), his successor and son-in-law, Imam Ali (pbuh), their two sons Imam Hasan (pbuh) and Imam Hussain (pbuh), and the nine Imams from the lineage of Imam Hussain (pbuh).

Ahlul Bayt (Ahl-e-Bait) in Noble Qur'an

The Purified Ones: The Highest degree of purity means to be kept constantly away from all the causes of impurity. This is termed as the state of infallibility in knowledge, character and action. It could have been applied generally to the whole mankind who are keeping aloof from all the impurities as the word of Allah ÓÈÍÇäå æÊÚÇáì commands; but, Allah ÓÈÍÇäå æÊÚÇáì expressively has confined His order to certain group of individuals by excluding the rest of the mankind from it in His divine will by declaring Ahlul Bayt (Ahl al-Bayt) as the persons purified by Him to be constantly in touch with the Noble Qur'an in its original, hidden, well protected, exalted and purified form. It was Allah's ÓÈÍÇäå æÊÚÇáì wish to remove all blemishes from them, as mentioned in the Verse of Purity (Ayat Al-Tathir) in the Noble Qur'an:

The Verse of Purity (Ayat Al-Tathir): "... Allah only desires to keep away the uncleanness from you, O people of the House! And to purify you a (thorough) purifying." Noble Qur'an (33:33)

#16 siti

siti

    Member

  • Advanced Members
  • Pip
  • 159 posts
  • Religion:muslim
  • Interests:reading books, learning, sharing knowledge, view, opinion, perspectives, making friends :)

Posted 09 October 2010 - 10:44 PM

sis mujacy,

i love the way you state the Truth
you highligh who is the ahlulbayt
and you give a hadith as a proof why we should follow them
beautiful
keep up your effort in spreading the truth :)
and your reward certainly with Allah

:)

siti

#17 nurulali

nurulali
  • Basic Members
  • 9 posts
  • Religion:muslim

Posted 14 March 2011 - 11:11 PM

cuma pada yan tak suka ahlul bait malaysia.. kamu menunggu, kami pun menunggu. Semoga Allah masukkan ahlul bait malaysia dalam golongan humul faizun

#18 Rosley

Rosley

    Member

  • Advanced Members
  • PipPip
  • 274 posts
  • Location:Kuala Terengganu Terengganu

Posted 26 March 2011 - 04:14 AM

B) (salam) ya..ya..ya..

#19 abukhalifakhyar

abukhalifakhyar
  • Basic Members
  • 9 posts
  • Religion:Islam

Posted 11 June 2011 - 07:13 AM

ISLAM is for ALL...no limit to who love Ali, Abu Bakar, Umar and Uthman...ISLAM is to believe that Allah is the truly one god and Muhammad is the messenger of Allah!!!!

#20 penampan

penampan
  • Basic Members
  • 9 posts
  • Religion:Islam

Posted 23 July 2011 - 11:59 PM

Inilah cara non-Muslim melihat nikah 4 dalam Islam. Seolah-olah sesiapa saja boleh nikah 4 on spot.. Secara teknikalnya mmemang senang. Tapi realitinya tak lah semudah tu...Berapa ramai ibubapa saudari mualaf cukup risau pasal ni? "Jadi Melayu laki U boleh kawin 4 ooo!" katanya..

Begitulah cara Sunni yg tak tau, termasuk saya mula2 dulu...melihat muta'h. Seolah-olah sesiapa saja boleh muta'h on spot.. Secara teknikalnya bunyinya senang. Tapi realitinya tak lah semudah tu. kat negara arab+Iran yg mengikut Mazhab ini pun...tak semudah itu... apatah lagi nak jumpa pengikut ahlul bayt malaysia yg amal muta'h....

#21 Rosley

Rosley

    Member

  • Advanced Members
  • PipPip
  • 274 posts
  • Location:Kuala Terengganu Terengganu

Posted 18 August 2011 - 02:12 AM

(salam) B) Selamat berpuasa semua... Wassalam.



Reply to this topic



  


0 user(s) are reading this topic

0 members, 0 guests, 0 anonymous users